Filemografi Shah Rukh Khan
Filemografi Shah Rukh Khan

Filemografi Shah Rukh Khan

Shah Rukh Khan ialah seorang pelakon, penerbit, penyanyi, pengarah dan pengacara televisyen India. Khan memulakan kerjaya lakonannya di televisyen dengan memegang watak seorang askar dalam siri Doordarshan Fauji (1988), sebuah peranan yang menjadikannya meraih sambutan dan menerima tawaran siri televisyen Aziz Mirza Circus (1989-90) dan siri mini Mani Kaul Idiot (1992). Beliau mula meraih kemasyhuran untuk peranan-peranan filem menerusi lakonan sulungnya dalam filem drama percintaan Deewana (1992), di mana beliau menjayakan watak pembantu. Khan kemudian melakonkan peranan antagonis dalam filem thriler 1993 Baazigar dan Darr, filem pecah panggung yang melancarkan kerjayanya di Bollywood.Pada tahun 1995, Khan bergandingan bersama Kajol dalam Dilwale Dulhania Le Jayenge arahan Aditya Chopra, sebuah filem percintaan yang sangat berjaya yang menjadi filem India yang paling lama ditayangkan sepanjang zaman. Ia diteruskan untuk meningkatkan reputasi beliau dalam peranan-peranan percintaan dengan gandingan bersama Madhuri Dixit dalam Dil To Pagal Hai (1997), dan Kajol dalam blokbuster arahan Karan Johar Kuch Kuch Hota Hai (1998) dan Kabhi Khushi Kabhie Gham (2001). Pada tahun 1999, Khan bekerjasama dengan Mirza dan pelakon Juhi Chawla untuk memulakan sebuah syarikat penerbitan, Dreamz Unlimited, yang penerbitan pertamanya ialah filem komedi-drama Phir Bhi Dil Hai Hindustani (2000) yang dibintangi oleh Khan dan Chawla. Filem tersebut gagal secara komersial seperti penerbitan mereka seterusnya, Asoka (2001), yang para pengkritik percaya bahawa akhir kerjaya Khan sudah berada di depan mata. Namun, puncak kerjaya Khan bermula pada 2002 ketika Sanjay Leela Bhansali menggandingkannya bersama dengan Dixit dan Aishwarya Rai sebagai seorang kekasih yang tertekan dalam Devdas, sebuah filem percintaan tempoh yang meraih kejayaan di peringkat antarabangsa dan menjadikan Khan meraih kemasyhuran. Pada tahun 2004, beliau bekerjasama dengan isterinya Gauri Khan untuk melancarkan syarikat lain, Red Chillies Entertainment, yang filem pertamanya menjadi pecah panggung, Main Hoon Na (2004) yang dibintangi oleh Khan.Kemasyhuran Khan berterusan dengan peningkatan pada 2000-an ketika beliau menjadi watak utama percintaan bersama dengan pelakon yang lebih muda, yang paling terkenal Rani Mukherji dan Preity Zinta, dalam beberapa filem dengan keuntungan tertinggi - Chalte Chalte (2003), Kal Ho Naa Ho (2003), Veer-Zaara (2004), dan Kabhi Alvida Naa Kehna (2006). Beliau juga meenjayakan peranan sebagai seorang saintis NASA dalam drama Swades (2004), seorang jurulatih hoki dalam filem sukan Chak De! India (2007), dan seorang lelaki autistik dalam drama My Name Is Khan (2010). Dari 2007 dan seterusnya, Khan mula digandingkan dengan pelakon wanita generasi ketiga, yang paling terkenal ialah Deepika Padukone dalam Om Shanti Om (2007), Anushka Sharma dalam Rab Ne Bana Di Jodi (2008), dan Katrina Kaif dalam Jab Tak Hai Jaan (2012). Khan memegang peranan bersama-sama dengan Kapoor dalam filem aksi-komedi yang meraih keuntungan lebih dari ₹3.4 bilion (AS $ 64,26 juta) Chennai Express (2013) dan Happy New Year (2014), kedua-duanya meraih kedudukan sebagai filem Bollywood dengan keuntungan tertinggi.Tujuh belas filem Khan mempunyai keuntungan lebih dari ₹1 bilion (AS$ 18.9 juta) dalam penjualan tiket global. Dengan lapan Anugerah Filmfare untuk Pelakon Lelaki Terbaik, beliau berkongsi rekod untuk kemenangan terbanyak dalam kategori tersebut dengan Dilip Kumar. Khan juga membintangi beberapa filem bukan-fiksyen yang mendokumentasikan keterangannya, termasuk dokumentari arahan Nasreen Munni Kabir The Inner and Outer World of Shah Rukh Khan (2005). Dari 2003 dan seterusnya, beliau telah membawakan beberapa acara anugerah, termasuk lapan Anugerah Filmfare dan enam Anugerah Skrin. Selain itu, beliau berkhidmat sebagai pengacara empat acara permainan televisyen, termasuk Kaun Banega Crorepati? (2007).

Rujukan

WikiPedia: Filemografi Shah Rukh Khan http://www.swissfilms.ch/en/film_search/filmdetail... http://www.bollywoodhungama.com/celebrities/awards... http://www.bollywoodhungama.com/celebrity/shah-ruk... http://www.bollywoodhungama.com/celebritymicro/fil... http://www.bollywoodhungama.com/more/news/view/id/... http://www.bollywoodhungama.com/moviemicro/cast/id... http://www.bollywoodhungama.com/moviemicro/cast/id... http://www.bollywoodhungama.com/moviemicro/cast/id... http://www.bollywoodhungama.com/moviemicro/cast/id... http://www.bollywoodhungama.com/moviemicro/cast/id...